Perihal bom di Jakarta dan Manchester United

baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian letupan yang berlaku di Jakarta, melibatkan dua buah hotel terkemuka dunia.

semua juga maklum bahawa, ini bukanlah kejadian yang pertama di Indonesia. sebelum ni pun pernah berlaku di Bali, hotel Marriott juga,kalau tak silap.

kejadian sebegini bukanlah suatu yang asing sekiranya terjadi di negara tersebut, macam dah biase je kat sane.

takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat.  Syukur, beberapa rakyat kita yang terselamat dalam kejadian tersbut.

perlawanan bola sepak antara pasukan Indonesia dan MU juga terpaksa dibawa ke Malaysia disebabkan kejadian itu, dimana hotel bakal pemain MU menginap telah terlibat dalam kejadian tersebut.

pada pendapat saya, perkara ini menguntungkan promoter dan Malaysia kerana tidak perlu bersusah-payah untuk mengubah ‘gerak-kerja’ mereka ke Indonesia dan secara tak langsung penonton yang sudah membeli tiket untuk menonton di sana akan ‘menuju’ ke Malaysia untuk mengabulkan hajat mereka itu, sudah tentu bilangan pelawat ke Malaysia akan bertambah buat masa itu. (harap-harap lah ada terrorist yang terseat ke Malaysia ni, cukuplah dgn terrorist yang ada kat Malaysia ni.

pesanan kepada pihak Keselamatan negara yang terlibat – “JALANKAN TUGAS ANDA SEBAIKNYA, DEMI KEAMANAN NEGARA YANG TERCINTA INI” – tu ayat patriotik drpd aku tuh!

elokla tu.

rakyat Malaysia yang tak dapat menonton Sabtu lalu pun dapat berbuat demikian pada Isnin ini.

kepada yang sudah menbonton Sabtu lalu, saya harap anda ‘enjoy’ dan yang akan menonton nanti, selamat berhibur!!!

(giler skema ayat…)

Published in: on July 20, 2009 at 3:58 am  Leave a Comment  
Tags: ,

telagah politik…

kita juga telah dihidangkan berita berkenaan ada pemimpin yang berselisih kerana berbeza pendapat dalam suatu isu berkenaan pembentukan kerajaan majmuk dan musyarakah.

harus dipercayai bahawa perselisihan ini adalah seperti situasi ‘apabila pelajar berdebat dengan gurunya mengenai sesuatu perkara’,dimana perkara yang dibincangkan adalah perkara yang mendatangkan faedah dan kebaikan kepada keduanya.

boleh dipercayai juga,pemimpin2 ini juga risau tentang anak-anak buahnya yang telah sedikit demi sedikit memalingkan kesetiaan dan penghormatan mereka kepada seseorang yang lain,yang berada di luar kelompok mereka-malah menyanjung dan menyokong apa sahaja perjuangan seseorang itu tanpa memikrkan impak kepada masyarakat umum dan masyarakat mereka sendiri nanti.

dengarnya, pada pemilihan pemimpin peringkat akar umbi, telah menunjukkan pola sokongan yang berbeza kepada pemimpin2 tersebut,secara langsung menyebabkan mereka ‘tak dapat duduk diam’ atas kerusi panas mereka.

‘seseorang yang seorang’ itu pula agendanya memang untuk menghidupkan suasana perpecahan dikalangan masyarakat kini..hanya Allah SWT yang tahu ape yang terbuku dihati ‘seseorang yang seorang’ itu

tidak pasti konsep ‘majmuk’ dan’musyarakah’ itu nanti akan dipraktikkan pada aspek apa nanti.

sama-samalah kite melihatnya.

‘bukan membenci,tapi alergi’

syafiqmansor.wordpress.com

Published in: on May 8, 2009 at 8:08 pm  Leave a Comment  
Tags: , ,

speaker dimanipulasi oleh amplifier???

ah-ha,

gajet-gajet ini memang tidak asing bagi kita lebih-lebih lagi yang memang ‘kaki gajet’ elektronik.

kita sedia maklum bahawa speaker memang sesuai dimanipulasi atau di’tune’ oleh amplifier untuk memberikan kesan yang baik atau sebaliknya.tanpa amplifier,apalah gunanya sang speaker.

speaker memang serasi dengan amplifier.tanpa kombinasi amplifier, speaker akan menjadi tidak berguna.

sekiranya bunyi yang dikeluarkan speaker lain macam,bukan la speaker yang di’adjust’, tetapi amplifier yang di’adjust’ untuk mendapat bunyi yang memuaskan telinga. oleh itu,si amplifier yang harus dipersalahkan.

dalam kes ini,sang speaker mendapat tenaga yang kuat dek amplifier yang ‘menggendang-gendang’ speaker untuk berbunyi dengan lunaknya di’telinga’ amplifier,bukan lah ‘telinga’ pendengar.

amat memalukan jika speaker tidak dapat beraksi dengan gah, selari dengan bentuk dan karisma sepaker itu.

peranan amplifier juga penting.tapi untuk kepentingan semua pendengar,bukan untuk kepentingan sang speaker dan amplifier sahaja.

mungkin tidak ramai yang paham tentang situasi sang speaker dan sang amplifier ini.yang mana boleh paham,teruskan membaca.tiada lebihan emosi,kata-kata kotor atau kata-kata ‘offensive’ untuk dipersembahkan.yang tidak paham, banyakan membaca dan mengambil tahu sedikit sebanyak keadan semasa (saya bukan lah seorang yang sedikit bagus atau sangat bagu,cuma sedikit mengetahui dan ingin terus mengetahui)

 

‘bukan membenci, tapi alergi’

syafiqmansor.wordpress.com

Published in: on May 4, 2009 at 9:44 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

ape motif pelantikan itu???

beberapa hari lalu, PM Najib telah melantik beberapa orang pemimpin UMNO Malaysia unuk menganggotai Majlis Tertinggi UMNO.

beberapa yang tidak bertanding dan bertanding tapi kalah telah dilantik semula ke MT.

kepada yang menang bertanding, tahniah diucapkan.

kepada yang kalah, diharap dapat terus memperjuangkan perjuangan parti yang secara tidak langsung dapat mengubah ‘susur galur’ politik Malaysia. kedudukan dan jawatan bukanlah penentu untuk memastikan kita boleh melakukan kerja dan tanggungjawab dengan baik atau tidak.

saya sungguh tertarik dengan pelantikan salah seorang pemimpin yang telah kalah ke jawatan MT.sebelum pertandingan mac lalu, hak2 politik lawannya telah dipermainkan dan dihebahkan olehnya agar lawannya tidak dilantik ke jawatan itu, dengan alasan, tanpa kedudukan – apa yang boleh lawannya buat untuk pemantapan parti.

sesudah bertanding dan kalah, terus mematikan diri dari pandangan orang dan media, juga dengan memberikan alasan yang sama dengan “saya telah tiada jawatan,jadi tiada gunanya saya disini”

setelah dilantik ke MT, boleh pula berkata “inilah peluang saya untuk memantapkan parti selepas dikalahkan oleh lawan saya”.

kepada beliau, kalah bertanding bukanlah bermakna secara automatik beliau juga telah dipecat daripada menjadi ahli;secara langsung melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul bersama kepimpinan baru.sebetulnya bersama-sama bekerja untuk masa depan parti dan negara dlam menempuh politik yang kian mencabar ini.

apabila sudah mendapat jawatan,bagai ayam naik pagar untuk berkokok dihening pagi.

boleh dikatakan mungkin ada [agen penaik]da tersendiri atau janji-j[kanjimanis |sila eja yang di’bold’kan| untuk membuat ‘sebuah kek yang enak nanti.

 

 

‘bukan membenci,tapi alergi’

syafiqmansor.wordpress.com

Published in: on April 30, 2009 at 1:24 am  Leave a Comment  
Tags: ,

kabinet bayangan

sebuah barisan kabinet bayangan (bayangan rakyat ke bayangan kroni) telah diperkenalkan oleh pemimpin salah sebuah parti Politik Malaysia.

mereka (yang kononnye memperjuangkan rakyat) pernah menyatakan bahawa kaum Dayak tidak akan disisihkan daripada kabinet mereka.

yang tertera adalah 2 calon sahaja daripada kaum Dayak, berbanding 5 calon yang telah dilantik oleh pemimpin lain untuk mengganggotai kabinet yang diperkenalkan.

harus untuk rakyat Sarawak (sebahagian besar kaum tersebut berada ni negeri ini) khususnya menjauhi untuk menyokong mereka yang ternyata masih ‘cakap tak surupa bikin’ lorr.

itupun, 2 wakil kaum yang dilantik itu sudah di ‘identity-denial’ kan oleh parti itu yang telah silap mengeja nama salah seorang drpd wakil itu dalam penerbitan online mereka…walaupun ada segelintir yang mengatakan perkara ini adalah remeh-temeh,identiti tetap identiti.

malah ketika kempen PRK di Batang Air, ade pemimpin yang telah dihalang/dihalau keluar oleh penduduk di salah sebuah penempatan dek kerana perangai yang sangat ‘senonoh’ itu.

wajib kita ketahui bahawa kesalahan ini adalah seperti biasa yang dilakukan oleh mereka dalam penerbitan ‘blog’ atau media internet lain yang sikit-sikit/jarang-jarang/kadang-kadang/selalu (sila potong yang tidak berkenaan) mereka lakukan dengan menghidangkan berita yang tidak sahih sumbernya dan palsu yang akhirnya diterima bulat2 dan disanjung oleh penyokong kuat mereka.

bak kate orang “kalo dah suke tu, suruhlah buat apa sahaja,pasti akan dituruti dan sanggup di’boneka’kan oleh pihak tertentu.

 

‘bukan membenci,tetapi alergi’

syafiqmansor.wordpress.com

Published in: on April 30, 2009 at 12:57 am  Leave a Comment  
Tags:

penang drivers are …….!!!

there are rumors saying that penang drivers are ……..!!!

i don’t want to add something sensitive to this entry.

no wonder that the kerajaan baru PR at penang had ‘dropped’ all the majlis perbandaran summons when they conquer the Komtar complex, few months ago. all the penang residents were very happy about saying ‘NO’ to summons they have been issued before that date.

sangatla berkebajikan…

nak tau what’s in the dots above?….lu pikirlah sendirik!

Published in: on December 31, 2008 at 3:59 am  Comments (2)  
Tags: ,

tanah runtuh bukit antarabangsa (dakyah mengarut?)

jeng jeng jeng.

ade plak terdengar cerita yang mengatakan penduduk di bukit antarabangsa di timpa bala?

di timpa bala tu, mungkin betul atau tidak, Wallahu’alam.

ade plak yang kate ade pusat casino kat area perumahan tu,sungguh tak masuk akal.

tukan kawasan perumahan,diikutkan logik mane boleh dibuat casino dalam area perumahan.

ni semua bencana alam, urusan itu adalah bala dari Allah SWT atau tidak, hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana.

jangan kite membuat andaian yang tidak masuk akal bertujuan untuk gimik politik atau sebagainya.

tuduhan tidak berasas juga telah dilemparkan oleh para manusia dan penduduk yang terlibat tanpa mengira perasaan insan lain.

sama-sama fikirkan tauladan dan hikmah disebalik kejadianNya itu.

renung-renungkan.

yang terkorban memang sudah tiada, yang selamat teruskan hidup anda.

Published in: on December 17, 2008 at 3:37 am  Leave a Comment  
Tags: , ,

tanah runtuh bukit antarabangsa (isu berbangkit)

petikan drpd Berita Harian Online (full article)

Tidak adil desak kerajaan bayar kos penginapan hotel

KUALA LUMPUR: Tindakan sesetengah mangsa bencana tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini mendesak kerajaan membiayai kos penginapan mereka di hotel adalah tidak adil.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah, berkata mereka boleh menumpang di rumah saudara-mara masing-masing.

“Tidak adil untuk mereka berbuat demikian. Mereka boleh menetap dengan saudara-mara serta hentikan tindakan menghentam kerajaan dan perkara yang paling utama ialah bagi memastikan keselamatan rakyat”, katanya selepas melawat tempat kejadian itu, semalam.

Murugiah berkata, beliau mendapat maklumat mengenai desakan itu yang dibuat oleh sesetengah penduduk di pusat operasi tragedi berkenaan.

Beliau juga meminta penduduk terbabit supaya tidak mendesak pihak berkuasa membenarkan mereka menetap semula di kediaman yang dikosongkan. � Bernama

………………

nape nak kerajaan tanggung bayaran hotel tu ek?

mereka nak menginap dihotel, pastu nak kerajaan sponsor lg?

sedare mare da takde ke? (tak dinafikan mybe ade yang da tinggal sehelai sepinggang)

bukan ke Kerajaan PR Selangor da bg diskaun 50% utk menginap dihotel dibawah kendalian Kerajaan Selangor, seperti Hotel De Palma tu? ok pe tu…

rase2nye rate2 penduduk kat BUKIT ANTARABANGSA tu bukan calang2 orangnye….kawasan elit lak tu…

mesti dalam bank berkepuk gak isinye….

tak elok nak emo2, kesian tengok seorang ahli DUN merangkap MP yang dimarahi oleh sorang penduduk dalam tv haritu…terkulat2 je muke beliau…

takpe, jangan risau, InsyaAllah Allah tak akan tutup rezeki para penduduk selepas kejadian tu….

Published in: on December 11, 2008 at 3:46 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

tanah runtuh bukit antarabangsa…

awal pagi tadi kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di salah satu kawasan elit di bandaraya.

kejadian itu amatlah mengejutkan dan menyayat hati, seperti yang telah berlaku pada kejadian Highland Towers beberapa tahun lalu,di kawasan yang berhampiran.

terdapat beberapa mangsa terbunuh akibat bencana alam sekitar itu,beberapa lagi masih belum dijumpai dan beberapa lagi cedera dan dirawat.

syukur, kerana kejadian tersebut belum melibatkan jumlah penghuni yang sangat ramai (walaupun jumlah yang berjaga-jaga agak ramai dan telah dipindahkan ke tempat selamat).

sama-sama kita mendoakan agar tidak berlaku kejadian yang lebih buruk  lagi nanti.

gambar-gambar tempat kejadian (dipetik drpada utusan online)

Published in: on December 6, 2008 at 7:20 pm  Comments (3)  
Tags:

malam hari yang kelakar

sambil-sambil menyusuri internet malam2 ni,telinga menumpukan pendengaran kepada rtm1, parlimen hari ini.

saban hari,memang boleh cam da sape2 punye suare yang selalu berkumandang dalam sidang tu,

ada yang terjerit2,

ada yang terpekik2,

ada yang menyebut “Mane Point of Order, Tuan Speaker”,

ada yang menyindir-nyindir,

dan macam2 perangai la…

bende2 ni keluar dari mulut para ahli dewan, samada yang lelaki atau pun perempuan….

memang kelakar,

tp harapnye, mereka tidak lupa untuk menyampaikan hasrat suara hati rakyat yang telah memilih mereka,tak kisah la samada rakyat terpaksa memilih ke, terpaksa memberi protes ke, memberi undi peringatan ke, memberi undi PM ‘to be’ ke, dan lain2, kerana mereka telah pun terpilih dan akan menanggung tanggungjawab terhadap kawasan masing2.

tp memang tak salah kalo tengok rancangan parlimen hari ini, mane2 yang rase menyampah nak tengok tv kerajaan tu, tak payah la kot, sebab bg dorang, sume yang media arus perdana ni menipu je, media mereka je betul semua (kononnya….)

Published in: on December 1, 2008 at 4:51 am  Leave a Comment  
Tags:
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.