15Malaysia for 1Malaysia…

15Malaysia- Sebuah Lagi Hasil Kreatif Terhebat Malaysia!!!

15Malaysia- Sebuah Lagi Hasil Kreatif Terhebat Malaysia!!!

waktu kebosanan petang tadi disamping capaian Internet kt ofis yang macam tak tercapai dek akal aku, sempat la aku view blog luqman.

slalu gak aku follow blog ni ,walaupun ak tak banyak komen atau ape2 ak tulis kt luqman.

tp new post luqman pasal 15Malaysia amat menarik minat aku untuk terus melihat apekebendenye itu.

15Malaysia ni pada pendapat aku membayangkan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang berbagai2, di samping mengekalkan keunikan masing2.

ade lagi yg ak rase unik bila view video2 yang ade kat situ…cuma taknak la citer kt sini, lagipun masing2 ada pendapat masing2 kan..

disokong oleh P1 WIMAX dan ilham kreatif dari Pete Teo, antara karyawan terhebat Malaysia ni, mmg menambah respect ak kt geng2 arwah Yasmin Ahmad ni…

uniknya lagi, 15 video ni hasil nukilan pengarah2 yang berbeza, tapi punya satu matlamat yang sama, bertambah unik dengan setiap video akan disiarkan selang 2 hari bermula 17 ogos lalu sehingga 17 september nanti, seiring dengan tempoh Bulan Perayaan Kemerdekaan Malaysia Ke-52 Tahun 2009…

taknak cite banyak2, sila la view blog ni, fahamila mesej2 yang disampaikan mengikut perspektif masing2, ambil la ‘goodies’ yang disediakan dan download dan upload video2 tu ke PC atau blog korang…

walaupun ak ni agak bute seni, tp ak memang respect ngan Team 15Malaysia!!! Congratulation on Your Effort!!!

Klik Sini Untuk ke 15Malaysia  atau ke  LuqmanBaik

Published in: on August 25, 2009 at 3:06 am  Leave a Comment  
Tags: ,

APM di Jakarta

dalam kekalutan Indonesia menghadapi masalah pengeboman di Jakarta, satu majlis yang agak besar juga berlaku di sana iaitu Anugerah Planet Muzik 2009 yang memberi pengiktirafan kepada pengkarya-pengkarya seni 3 negara Nusantara terbesar, Malaysia-Indonesia-Singapura.

pagi-pagi buta tadi, sempatla melihat siaran ulangan di Ria, jika dilihat, kemeriahan majlis di Jakarta ini lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis yang pernah dilangsungkan di Malaysia dan Singapura sebelum ini.

tahniah kepada Production team APM Jakarta!!!

tahniah juga kepada para pemenang dari Malaysia antaranya seperti Datuk Siti Nurhaliza, Aizat Amdan dan Ayu OIAM, teruskan perjuangan kalian.

enjoy tengok APM kali ni sebab pentas yang spesel, maskot2 alien yang cantik dan lain-lain yang cambest.

p/s: cuba perhatikan, disebabkan APM kali ni dilangsungkan dari Indonesia, bahasa pengantara yang digunakan juga adalah Bahasa Indonesia!, termasuk skrip2 yang dibaca oleh artis2 luar Indonesia!

Inilah cara artis mereka mengagungkan bahasa ibunda mereka secara tidak langsung, walaupun bukan acara yang rasmi dan berprotokol. artis Malaysia nak buat macam tu?-sebutan pun tak berapa nak betul(sesetengahnya).

Tahniah juga diucapkan.

(bukan nak mengutuk, sekadar berdasarkan pemerhatian sebelumnya)

Published in: on July 20, 2009 at 4:13 am  Leave a Comment  
Tags: ,

cawangan kedai nasi ayam versi Negeri Sembilan…

 

sebuah restoran di n9

sebuah restoran di n9

Published in: on April 5, 2009 at 3:32 am  Leave a Comment  
Tags: ,

ada masa mata…

ADA MASA MASA  
BUKAN DENGAN MATA  
NAK MENILAI RUPA  
MANA CANTIK, MOLEK DAN MANIS  
TETAPI ITU KERJA HATI  
MELIHAT DARI PEKERTI  
 
ADA MASA MASA  
DARI SISI SAMA  
MASIH TETAP JUA  
PANDANGAN BOLEH BERBEZA 
ASALKAN SAJA DI HATI  
SUDI CUBA MEMAHAMI  
   
ADA MASA MATA  
ADA SAHAJA  
ADA YANG TIDAKLAH KENA
CEREWET MENCARI SEMPURNA
TERLUPA APA BERHARGA

ADA MASA MATA
ADA KETIKA
TAK TERLIHAT CELA
KERANA HATI SUDAH SUKA
SEPERTI JUGA AKU
BILA MENGENALI DIRIMU

JANGAN KUNCI
PINTU HATI
LEPAS PANDANG
SEBALIK DIRI
BILA INDAH TELAH PUDAR
ATAS APA KITA BERDIRI

LAGU : M. NASIR (LUNCAI EMAS SDN. BHD).
LIRIK : AD SAMAD (O/P: FIGHTING POET S/B)
S/P : (LUNCAI EMAS SDN. BHD)

Published in: on December 31, 2008 at 10:23 am  Leave a Comment  
Tags: , ,

mawi ekin kawin

tahniah kepada mawi dan ekin kerana telah mendirikan rumahtangga dengan lancarnya sambil disaksikan oleh beribu2 orang di tv berbayar itu.

diucapkan semoga berbahagia ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

kepada peminat2 yang kuciwa,ramai lg kumbang yang masih berterbangan..huhu

p/s: memang ‘ganas’ mawi mase nak kucup dahi ekin haritu, macam pegang bola je,huhu…tegelak satu famly ak tengok.

Published in: on December 26, 2008 at 3:24 am  Leave a Comment  

TAKBIR SUCI

dua hari kebelakangan ni, sempatlah saya melayan (walaupun orang lain da lame layan kot..) trilogi drama garapan rashid sibir iaitu “Takbir Suci”, bahagian satu hingga tiga, tayangan Astro Ria 104 untuk mengisi sedikit mase yang terluang dalam beberapa jam dalam dua hari ni.

tidak dapat disangkal lagi, lakonan kak engku atau KE dalam drama tu berkesan sehingga ‘menyeramkan’ saya yang menonton ketiga2 drama tu dalam 2 hari ni. keberkesanan lakonan itu ditambah oleh lakonan semua pelakon2 handalan yang menjadi taruhan sutradara terkenal itu, yang memang tidak mengecewakan langsung saya yang telah meluangkan masa selama dua jam untuk setiap satu episod itu.

karya yang menceritakan ketamakan seorang anak angkat terhadap harta peninggalan ibu angkatnya itu membuatkan anak itu hilang pertimbangan sebagai manusia waras untuk menggapai impiannya mewarisi harta peninggalan yang kelihatan banyak, ditambah oleh beberapa bidang tanah yang disewa dan juga hasil kutipan getah (detail ni senaraikan harta org tu..).

kelakuan tidak waras Nora yang membuatkan emak saya yang sama menonton berkata “Gile ke ape die ni?” membuatkan kami adakala tertawa terbahak2 dengan kelakuan watak yang dimainkan oleh Raja Azura sebagai Nora itu juga membuatkan kami tertanye2, pakah tindakan Nora selepas satu-satu babak berlalu…

pengakhiran setiap episod yang tidak menyebelahi Nora dek perlakuan jahatnya kepada ahli keluarga nya yang lain, membuatkan kami (emak dan saya) berasa puas dengan balasan itu. balasan pada episod ketiga drama itu, Nora telah membakar dirinya sendiri apabila dia berniat untuk menghapuskan semua ahli keluarganya yang lain dengan mencurah minyak ke rumah mereka,telah disambar api pelita yang disangka kecil,tetapi telah membakar dirinya sendiri.

itulah sedikit sebanyak ulasan saya mengenai drama itu, sememangnya ada yang menganggap pelakuan Nora itu sukar diterima akal, tetapi tidak mustahil ianya masih wujud dikalangan kecil masyarakat kita pada masa kini….

renung-renungkanlah….

disertakan episod pertama, bahagian pertama, episod seterusnya boleh didapati pada laman youtube.com ini.

Takbir Suci (Bahagian 1)

Episod Penuh Takbir Suci 1 (part to part)

Published in: on October 17, 2008 at 4:40 am  Leave a Comment  
Tags:
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.