i’m moving…

hi.
i’m moving to blogspot…
new post will be posted in my ‘blogspot‘ blog
click here to syafiqmansor.blogspot.com

TQ.

Published in:  on October 25, 2009 at 3:08 am Leave a Comment
Tags:

makan banyak di ujung minggu…

HI, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

rase nak citer pasal ak beraya tahun ni…

raye taun ni bg ak, walaupun takde baju raye baru dan tak bergambar utk raye…

alhamdulillah, rezekiNya kepada aku melimpah ruah…

banyak jemputan open house, dpt bg duit raye kat sepupu-papat dan anak sedare terdekat, kurang berbelanje, dapat duet raye(!!!) dan macam2 lagi…

aku bersyukur,
terima kasih atas jemputan kawan2 dan rakan kerja/sekolah ke rumah terbuka anjuran anda…

seperti tahun sebelumnya, rumah ak mmg takde open house, nak raye, datang je…makan je apa yang ade, kalo sempat siap ape2, dapatla makan, kalo tak makan kueh raye je..(kueh raye umah ak sedap tuh!!)

terima kasih banyak2, jemput datang umah, tak kisah la raye nak habis pun, datang saje!!!!

Published in:  on October 18, 2009 at 1:57 am Leave a Comment
Tags: ,

15Malaysia for 1Malaysia…

15Malaysia- Sebuah Lagi Hasil Kreatif Terhebat Malaysia!!!

15Malaysia- Sebuah Lagi Hasil Kreatif Terhebat Malaysia!!!

waktu kebosanan petang tadi disamping capaian Internet kt ofis yang macam tak tercapai dek akal aku, sempat la aku view blog luqman.

slalu gak aku follow blog ni ,walaupun ak tak banyak komen atau ape2 ak tulis kt luqman.

tp new post luqman pasal 15Malaysia amat menarik minat aku untuk terus melihat apekebendenye itu.

15Malaysia ni pada pendapat aku membayangkan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang berbagai2, di samping mengekalkan keunikan masing2.

ade lagi yg ak rase unik bila view video2 yang ade kat situ…cuma taknak la citer kt sini, lagipun masing2 ada pendapat masing2 kan..

disokong oleh P1 WIMAX dan ilham kreatif dari Pete Teo, antara karyawan terhebat Malaysia ni, mmg menambah respect ak kt geng2 arwah Yasmin Ahmad ni…

uniknya lagi, 15 video ni hasil nukilan pengarah2 yang berbeza, tapi punya satu matlamat yang sama, bertambah unik dengan setiap video akan disiarkan selang 2 hari bermula 17 ogos lalu sehingga 17 september nanti, seiring dengan tempoh Bulan Perayaan Kemerdekaan Malaysia Ke-52 Tahun 2009…

taknak cite banyak2, sila la view blog ni, fahamila mesej2 yang disampaikan mengikut perspektif masing2, ambil la ‘goodies’ yang disediakan dan download dan upload video2 tu ke PC atau blog korang…

walaupun ak ni agak bute seni, tp ak memang respect ngan Team 15Malaysia!!! Congratulation on Your Effort!!!

Klik Sini Untuk ke 15Malaysia  atau ke  LuqmanBaik

Published in:  on August 25, 2009 at 3:06 am Leave a Comment
Tags: ,

akhirnya bertemu jua…

semalam adalah hari yang paling best gak la bagi aku sebab dapat jumpe seorang sahabat yang dah lame tak jumpe sebenarnya…

sahabat ni sebenarnya istimewa kerana dia telah membuka kotak hidup ni untuk mengecapi rencah sebenar kehidupan dan banyak mengajar tentang perkara yang aku sendiri pun mulanya tak sedar berlaku disekeliling ni.

semalam juga sebenarnya detik yang aku paling bersimpati dan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku pada sahabat aku itu dan aku percaya, dia memang ada cara tersendiri untuk menyelesaikan perkara tu.

sahabat, aku doakan yang terbaik untuk kamu, semoga kamu tabah dengan apa yang berlaku, sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu ada hikmah disebalik kejadian itu.

masing-masing ada detik pahit dan manis dalam hidup, untuk mendapatkan pengalaman hidup yang serbaneka, penuh pancaroba dan carca-merba.

dan percayalah, hidup keseorangan ni ada baik dan buruknya…

sahabat, jangan lupa ye, kau masih ada kawan-kawan yang boleh berada disamping kau untuk menemani dan menghiburkan kau di kala duka dan lara…tu pun jika masih terdapat sekelumit kepercayaan daripada kau kepada kawan kau itu…

i am not that ‘baik’, too not that ‘jahat’…

(tetibe mcm nak wat ayat mcm tu pagi2 ni…hehe)

Published in:  on August 18, 2009 at 8:56 am Comments (1)
Tags:

a new step to a better job…

salm wbt.
hari isnin.
slalu org kate hari iSNIN slalu kene ‘monday blues’…

di mana mood sume org tak menjadi dan hangen semacam je.

tp hari isnin ak smalam, membawa berita yang baik…
dimana ak melangkah setapak ke alam pekerjaan yang lebih menjamin mase depan, walaupun tak lame ak duk dlm post tu.

kontrak skim perkhidmatan singkat, sampai 31 disember 2010, boleh tahan la kan lamenye…

harap2 boleh sambung lagi nanti…

tp kerja ak berjalan seperti biase, takde kejutan budaya, takde kejutan kerja. mcm biase dah, dgn pengalaman sekejap tu, dapt diadaptasikan dalam kerjayaku yang kini…

aku nak ucapkan ribuan terima kasih kpd majikan ak dipejabat yg telah memberi kepercayaan kepada ak untuk terus berkhidmat…(cewah, perasan)

tak lupe kpd k.ila,bg.faiz,k.noor,k.intan, dila makcik dan yg lain2 yg bnyak memberi tunjuk ajar dan panduan…

nak sebut semua ramai sebenanye.

ADA SATU BENDE NA CAKAP, IKHLAS DARI HATI NI…

JUTAAN TERIMA KASIH UNTUK ANDA SEMUA!!!!

Published in:  on August 4, 2009 at 11:15 pm Leave a Comment
Tags: ,

borak-borak

malam ini ak habiskan mase malam dengan borak2 ngan imah dalam ym.

stakat borak2, saje2 tanye kbr, gelak2, tu je.

mula2 borak ngan radz, pastu senyap je.

tukar pasangan borak lak.

dapat lak cik imah.

borak sakan la.

tu lom jupe lagi.

huhu.

lepas ni plan nak jumpe2 n talk2 (mcm kate imah)

p/s:jgn jeles ek kpd sape2 yg berkenaan.jgn salah sangke…kang kono sosah kang!!

Published in:  on July 24, 2009 at 12:11 am Comments (2)
Tags: ,

What a Woo Wednesday….

hari ini ak sedikit bengang gayanye…
dengan seseorang yg ak mmg da start bengang semenjak dua ni…
dan2 tu die nak hangin tengahari buta ni…ape kes???

chess betol.
kalo cheese ok gak, boleh telan….HUH!!!

Published in:  on July 22, 2009 at 5:05 pm Comments (1)
Tags: ,

APM di Jakarta

dalam kekalutan Indonesia menghadapi masalah pengeboman di Jakarta, satu majlis yang agak besar juga berlaku di sana iaitu Anugerah Planet Muzik 2009 yang memberi pengiktirafan kepada pengkarya-pengkarya seni 3 negara Nusantara terbesar, Malaysia-Indonesia-Singapura.

pagi-pagi buta tadi, sempatla melihat siaran ulangan di Ria, jika dilihat, kemeriahan majlis di Jakarta ini lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis yang pernah dilangsungkan di Malaysia dan Singapura sebelum ini.

tahniah kepada Production team APM Jakarta!!!

tahniah juga kepada para pemenang dari Malaysia antaranya seperti Datuk Siti Nurhaliza, Aizat Amdan dan Ayu OIAM, teruskan perjuangan kalian.

enjoy tengok APM kali ni sebab pentas yang spesel, maskot2 alien yang cantik dan lain-lain yang cambest.

p/s: cuba perhatikan, disebabkan APM kali ni dilangsungkan dari Indonesia, bahasa pengantara yang digunakan juga adalah Bahasa Indonesia!, termasuk skrip2 yang dibaca oleh artis2 luar Indonesia!

Inilah cara artis mereka mengagungkan bahasa ibunda mereka secara tidak langsung, walaupun bukan acara yang rasmi dan berprotokol. artis Malaysia nak buat macam tu?-sebutan pun tak berapa nak betul(sesetengahnya).

Tahniah juga diucapkan.

(bukan nak mengutuk, sekadar berdasarkan pemerhatian sebelumnya)

Published in:  on July 20, 2009 at 4:13 am Leave a Comment
Tags: ,

Perihal bom di Jakarta dan Manchester United

baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian letupan yang berlaku di Jakarta, melibatkan dua buah hotel terkemuka dunia.

semua juga maklum bahawa, ini bukanlah kejadian yang pertama di Indonesia. sebelum ni pun pernah berlaku di Bali, hotel Marriott juga,kalau tak silap.

kejadian sebegini bukanlah suatu yang asing sekiranya terjadi di negara tersebut, macam dah biase je kat sane.

takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat.  Syukur, beberapa rakyat kita yang terselamat dalam kejadian tersbut.

perlawanan bola sepak antara pasukan Indonesia dan MU juga terpaksa dibawa ke Malaysia disebabkan kejadian itu, dimana hotel bakal pemain MU menginap telah terlibat dalam kejadian tersebut.

pada pendapat saya, perkara ini menguntungkan promoter dan Malaysia kerana tidak perlu bersusah-payah untuk mengubah ‘gerak-kerja’ mereka ke Indonesia dan secara tak langsung penonton yang sudah membeli tiket untuk menonton di sana akan ‘menuju’ ke Malaysia untuk mengabulkan hajat mereka itu, sudah tentu bilangan pelawat ke Malaysia akan bertambah buat masa itu. (harap-harap lah ada terrorist yang terseat ke Malaysia ni, cukuplah dgn terrorist yang ada kat Malaysia ni.

pesanan kepada pihak Keselamatan negara yang terlibat – “JALANKAN TUGAS ANDA SEBAIKNYA, DEMI KEAMANAN NEGARA YANG TERCINTA INI” – tu ayat patriotik drpd aku tuh!

elokla tu.

rakyat Malaysia yang tak dapat menonton Sabtu lalu pun dapat berbuat demikian pada Isnin ini.

kepada yang sudah menbonton Sabtu lalu, saya harap anda ‘enjoy’ dan yang akan menonton nanti, selamat berhibur!!!

(giler skema ayat…)

Published in:  on at 3:58 am Leave a Comment
Tags: ,

jalan-jalan…

1stly, nak ucap time kasih kat mak sebab slalu jd organizer kt family ak dalam bab jalan-jalan makan angin ni…

dan org yang currently beruntung dan slalu available utk berjalan2 ikut mak adalah aku.

mesti org akan kate ak anak mak.
tu mestila, kalo tak anak sape lak kan?

apa aku kesah???

time ni lah ak sewajibnya luangkan mase untuk mak ak sbg membalas jasanya yang selalu menemani ak, bawa kesana-sini dari dlm perut lagi smpai da tue bangka ni.hehe.

selagi ada mase terluang, ak akan habiskan mase ak kt rumah dgn mak, takpun kuar jalan2 dgn mak gak.

adik-adik ak?? dorang ade aktiviti dorang sendiri.smpai kdg2 tak jumpe pun satu hari suntuk…ish, teruknye.tupun hari keje la. tp dorang still sporting lor…

dan jalan2 yg paling best mak bw ak adalah ke Mekah, untuk tunaikan umrah..tak sesuai kot panggil jalan-jalan, berziarah lebih sesuai…dan kt Tanah Suci tu, telah terjadi beberapa perkara yg sebelum ni terbaca atau terdengar je dalam mastika @ dalam tv, rupenye jadi kt batang idung sendiri…nak tau cite ape?

tunggu la lepas2 ni ye…kalo rajin ak sambung ye..hehe.

Published in:  on at 3:37 am Leave a Comment